Selasa, 27 Mac 2012

Macam mana aku leh jadi pembunuh?? bunuh siapa?? Siap masuk TV lagi ngan paper..hadoiii..glamer btoi semua orang kenal..huhu..MIMPI ditengah malam rupanya..xpernah lagi dapat mimpi ni..takutttttt..
Saja google search maksud mimpi nih..

Bunuh orang : Jika anda bermimpi bunuh orang, bertanda akan keuntungan besar.

HUHU..mimpi mainan tidor je..Rezeki Allah Taala bagi..
     

Ahad, 25 Mac 2012

Semput jugak daki bukit nih..hampir2 putus asa xnak naik dah sampai atas..tp ku kuatkan jugak semangat ni sebab dah sampai separuh jalan dah..rugi plak rasanya kalau xsampai ke puncak..cewahhhh!! heheh..



banyak kali jugak la berhenti..tengok orang lain panjat macam xda apa2 relex ja huhu..tp diri ku dah pancit dah rasa mcm nak pitam ja..adoyaii


AKHIRNYAAA...sampai jugak ke atas..Yeyyy!! 5minit lepas tu muntah terus.. wekkK!! 

Jumaat, 23 Mac 2012

Cuti hujung minggu hubby ajak mendaki bukit. Aduh! malasnya..lama xbuat aktiviti daki mendaki nih. Stamina pun kureng..camne??

Khamis, 22 Mac 2012

Balik kerja tadi singgah POPULAR..mak ai banyaknya novel-novel baru sampai.. sejam lebih mengabehkan masa kat situ..

Ni dia novel untuk bulan ni..sinopsis cerita mcm best..layannnnnnnn...

Rabu, 21 Mac 2012

Yeahhhh!!!..esok gaji..tak sabar nak shopping novel. Tambah koleksi sedia ada heheh
Cinta Yang Ku rasa & My Love Playgirl belum abes baca lagi..sebabnya permulaan cerita yang tak berapa nak menarik minat untuk terus membaca..huhu

JIBAM pernah menyentuh perasaan ku satu masa dulu. Lama dah baca buku ni masa zaman sekolah menengah dulu. Nak beli tak mampu..kebetulan perpustakaan awan dekat ngan sekolah lepas sekolah ja kalau takdak aktiviti petang mesti singgah situ.. Kalau jumpa buku ni memang nak beli la..rindu JIBAM.

SINOPSIS:
Jibam anak yang unik. Sedikit lembab otak dan fikirannya. Namun mewarisi kepandaian bapanya Suman mengubat penyakit. Suman mati terbunuh dalam perut hutan. Dan kematiannya sungguh misteri. Jibam dimusuhi Tuk Ngah Sudin. Selalu benar Sudin serin memperdajalnya. Dan sesering itulah Jibam dibantai teruk oleh Tok Ngah Sudin. Jibam juga dibenci Usin Singai. Marah Usin Singai memuncak tatkala basikal tuanya dicat biru oleh Jibam. Hinggakan ayam dalam rebannya pun biru dikerjakan Jibam. Usin Singai menetap di atas Tanah Tok Ngah Sudin yang sebenarnya dimiliki Suman. Dan Jibaam anak yang bodoh alang itu perlahan-lahan membongkar rahsia kematian ayahnya. Ilmu ghaib yang diwarisi dari ayahnya serta khianat dan dendam kesumat Tok Ngah Sudin dan Usin Singai.




Isnin, 19 Mac 2012

Selamat Ulangtahun kelahiran ke-32 buat suamiku tercinta..Semoga dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, perkerti yang mulia, umur yang bermanafaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, jodoh yang membahagiakan dan hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat. Terima kasih suamiku kerana kasih sayang yang kau berikan kepadaku. Suamiku yang banyak bersabar dan banyak mengalah dengan kerenah ku. Semoga jodoh ini berpanjangan hingga ke akhir hayat kerana tak ada siapa pun yang dapat menggantikan dirimu SUAMIKU.. ;)

Sori sebab tak masak special huhu..makan kat kedai jela ek! 

Nasi Goreng Udang ----> Kedai Char Koay Teow Telur Ayam Dibasuh Sg Dua Butterworth.
Char Koay Teaw memang sedap ----> Bungkus bawa balik sbb perut dah kenyang.


Hadoiiii..nak MC harini 19/03/2012 tp dapat esok 20/03/2012..Doktor kata lewat dah xbleh bagi mc harini hampeh btoi baru jam 4 petang..macam mana nak p klinik awai2 kalu sakit tak boleh bangun?? dah le mahai gile ubatnya..bila ditanya pada doktor nape tak bleh bagi MC harini katanya lewat dah sepatutnya mai awai-awai baru dia leh bagi harini punya MC..alasannya lagi ikut arahan daripada kementerian. Kalau tak mau bagi MC harini baik tak payah bagi MC esok..Tension btoi la.. kalu pegi klinik kerajaaan pun doktor akan bagi MC hari yg buat medical check up  kalu nak MC 2hari esok kena datang balik itu baru betul prosedurnya..hmm..tggu encik asben balik nak p beli MC..jahanam duit aku..lalalalalalaaa...

Ahad, 18 Mac 2012

Acid Folic??
Bagus acid folic ni bukan semasa hamil saja tp sebelum hamil pun boleh makan bg sapa2 yang merancang nak hamil. Disebabkan aku tak suka makan ubat selalu saja ingat tak ingat nak makan huhu..tp bila difikirkan balik elok terus makan ubat ni mana tau ada hasilnya kan? Mudah-mudahan dengan izin Allah..

Info.
Acid Folic atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai di dalam sayuran hijau, jus buahan dan bijirin. Acid Folic diperlukan terutamanya semasa merancang untuk hamil dan tiga bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD), otak (anencephly) dan saraf tunjang (spina bifida).

Pil acid folic di pasaran tersedia dalam dua dos iaitu 400 mikrogram dan 5 miligram (5000 mikrogram).
Doktor lazimnya menggalakkan pengambilan 5 miligram (5000 mikrogram). Pengambilan 400 mikrogram juga menculupi untuk keperluan seharian.
Pil acid folic mudah larut dalam air. Jila mengambil pil acid folic berlebihan, pil ini akan dibuang melalui air kencing.
Mudah didapati di farmasi dan klinik.
Pil acid folic agak meloyakan disebabkan baunya yang agak kuat. Jika mempunyai masalah ini, ambil pil ini pada waktu malam sebelum tidur. Kesan sampingan loya tidak akan dirasai kerana berada dalam fasa tidur selepas mengambil pil ini.

Iberet folic brand abbott dibeli dengan harga RM30 lebih. Mahal jugak ada skali vitamin C ngan B complex..complete semua. Biji besor sebab tu malas nak makan. Lepas ni kena kuatkan semangat makan pil ni tak bleh ngelat lagi dah...huhu



                                                                    cute kan??


Jumaat, 16 Mac 2012

Lama tak mengupdate blog ni..sibuk dgn tugas2 seharian huhu..cuti sekolah seminggu pun rasa mcm tak cuti. Sibuk ngan 3hari kursus asas tari walaupun xreti sangat menari tapi aku enjoy huhu..banyak jugak la ilmu dapat. Sabtu ahad ada kuliah plak..kuliah pertama semester 3. Semester lepas kehadiran tak wajib semester ni wajib pulok..So..kena la p. Semangat nak menuntut ilmu berkobar2..cewah!! Encik suami selaku driver sudah tidur sebab tengah malam ni nak bertolak ke Tanjung Malim heheh.. Semoga perjalanan dan urusanku dipermudahkanNya..amin.