Isnin, 1 Oktober 2012

Buku Merah

Hari ni pukul 7.30 pagi dah menapak ke Klinik Kesihatan..antara org yg terawal sampai. Mula2 ambik nombor pastu g kaunter bgtau nurse nak buka buku merah. Perkara pertama yang disuruh buat ialah urine test. Lepas je dapat result tggu giliran plak nak ambik darah..huhu takotnye sbb nak kena ambik 2 kali. kali ke 2 kena ambik 2jam selepas minum air gula. Huh! air gula! tak suka!! tak sukaa!!! manis gila.. ;(
Lepas tu masuk bilik 1 nak buka buku..masa nak buka buku tu mcm2 la nurse tanya berkaitan dengan kesihatan diri. termasuk la tarikh last period. Nurse bagitau usia kandungan dah 6minggu 6hari dan due date 21 Mei 2012. Alhamdulillah..


Lepas buka buku kena buat pemeriksaan lagi..payudara, kaki tangan dan sbgainya..(payudara amat sesuai untuk penyusuan :) kemudian dengar penerangan mengenai khasiat dan kepentingan penyusuan kepada ibu dan anak). Lepas ni kene jumpa doktor pulak sbb nak scan..teruja btoi..


Nampak kantung je kecik sangat mcm baru 4minggu..janin tak nampak lagi.. doktor kata due date lari banyak..lagi 2 minggu datang untuk scan lagi..siap pesan kalu ada turun darah cepat2 pegi hospital..Allah 
saja yg tau perasaan aku masa tu dalam kepala ni dok pikir mcm2 mengandung ke tidak ni? Ya Allah..Kau selamatkanlah kandungan ku.. 

Rasa mcm tak puas hati je..try tanya kawan2..rupanya ada yang berpengalaman mcm ni scan 8minggu pun 
tak nampak lagi..perasaan dah lega sikit dalam hati berdoa ja semoga semuanya ok.

Selesai urusan 11.30pagi. Balik rumah makan nasi terus terlelap..huhu~letih.