Selasa, 20 Disember 2011

Pagi tadi gerak ke Perak jam 6.30pagi. Suka tengok sepanjang jalan dari Kuala Kangsar sampai Tanjong Blanja berderet-deret orang jual buah durian. En Hubby dah tersengeh-sengeh masa drive..tau dah maksud sengeh tu hihi..Jam 9 sampai tempat yang dituju dan selesai semua urusan jam 12.00 bertolak balik. Singgah pekan Manong jap..buat apa?? ni dia...

Durian!!!..jual longgok. Pilih2!!
dah pilih ape lagi bayor ler..6biji RM14. 

Lepas tu terus gerak ke Kuala Sepetang..berhajat sangat buat kali ke-2 nak makan mee banjir udang .. hehehe
kali pertama makan dulu best gak la sedap udang pun besar2..agaknya sekarang harga barang dah naik bahan2 pun kene la kurangkan udang pun makin kecik ye tak? heee

Isnin, 19 Disember 2011


Kadang-kadang jadi pelik dan menyampah plak dengan  perangai manusia yang tak pernah penat/ berhenti mengata. Ada ja yang yang tak kena di mata. Sebelum kawen dok tanya bila lg nak kawen umur makin lama makin meningkat nak memilih lagi ka? bila dah kawen belum ada anak tanya plak lg dok merancang ka tak mau anak  ka? bila ada anak sorang tanya plak lagi haii tak mau tambah lagi ka cukup ka ngan anak sorang? bila dah anak ramai tanya plak lagi  tak reti nak merancang ka?  Siapa kita untuk mencipta satu nyawa? Sedar tak sedar dah buat dosa..Dosa pada yang di kata dosa jugak pada Allah Taala sebab tak dapat terima Qada dan Qadar Nya. Ingatla kita ni sama-sama manusia takdak lebihnya beranak ramai ka takdak anak. Pokok pangkalnya HATI kita. Kebahagian yang Allah Taala berikan kalau Dia nak ambil balik bila-bila masa ja boleh. Peliharalah hati agar sentiasa bersih.
Dah selesai renew insuran & roadtax..petang ni gerak balik penang. Esok pagi gerak ke Perak pulak. Majlis menandatangai setuju/ tidak opsyen SBPA dan umur persaraan 60tahun. CUEPACS kata tunggu dulu jgn tandatangan lagi..tunggu punya tunggu punya tunggu nanti tak pasal2 menyesal pulak. Apa2 pun pegi je dulu dengar apa deme nak bagitau. Kalau setuju/ puas hati sain jela kalu benda tu menguntungkan kita ye tak..

Ahad, 18 Disember 2011

Aktiviti hari ni membuat bubur asyura. Letih jugak mengacau hampir 2jam tp berbaloi la ;) dalam dok asyik kacau bubur sampai tak perasan kain batik kena api berlubang kain besar syiling 5 kupang huhuuu..
Petang esok nak balik penang, hubby dah pesan bawa balik bubur..hehe. Terima kasih mak..SEDAP.




Khamis, 8 Disember 2011

Tensionnnnnn!!!!! Start dari 10 pagi sampai 3 petang pastu sambung plak pukul 5 sampai 7..hari2 mcm ni boleh stress. Nak sepak bola nak terjerit telolong pegi la main kat bawah budak2 oii!!..jangan main depan umah aku!! Dok sabaq lama dah ni jgn sampai angin naik 1 badan sudah xpasai2 kene maki kot. Hadoiii..tension2!!
Petang tadi dah pegi tengok tempat keja baru. Ada ler lebih kurang 15minit dari rumah. Cadangnye esok nak pegi lapor diri. Harap semuanya berjalan lancar. Lepas tu pegi ronda-ronda ngan hubby. Best betoi tempat baru ni macam-macam ada Jusco 5minit jer dari rumah, McD sebelah rumah, kedai makan berderet2 depan jalan masuk ke rumah..tesco pun dekat..pendek kata serba aneka kedai la ada..siap duit je.



Rabu, 7 Disember 2011

Today is my birthday!..tunggu respon dari hubby releks je dia..dah tak ingat ke apa? pagi td tanya hubby arini hari apa? dia dengan slumbernye jawab RABU..huhu..sampai hati. Hati nak makin kecik dah masa tu..Tiba-tiba.."Happy Birthday sayang...MUAH!"..huhu. hati kembali berbunga. Mood nak merajuk terus tak jadi. ;)


Isnin, 5 Disember 2011

Alhamdulillah..Kenyang sudah..
Dah pukul 1. Malasnya nak masak..tapi perut rasa lapar pulak..buka peti sejuk mak uiii wanginya bau buah kuinin (orang utara sebut buah konen). Buat sambal belacan kuinin pun sedap jugak nih ulam kacang botor.. Masak lemak cili padi ikan keli..hai bertambah seleralah aku makan nanti. Takda diet2 dah..huhu. Masuk dapur jap.
Baru ada masa nak update blog. 2hari lepas yg sangat sibuk angkut barang pindah dari Perak ke Penang. Kesian my hubby..rumah kat perak angkat barang turun dari tingkat 3 pastu kat rumah sewa baru angkat pulak barang naik tingkat 4 ..nasib baik kawan dia tolong..kalau tidak...pengsan!! huhu..sori barang syg mmg banyak.

penuh dah..
Selamat Tinggal..KIP Sadang, Parit. huhu..

Sabtu, 3 Disember 2011

Hampeh

Baru semangat nak berblog sudah kene remove..terpaksa le buat lagi skali. "Langit Masih Cerah" selepas "Pelangi Cerita Hati"..