Isnin, 19 Disember 2011


Kadang-kadang jadi pelik dan menyampah plak dengan  perangai manusia yang tak pernah penat/ berhenti mengata. Ada ja yang yang tak kena di mata. Sebelum kawen dok tanya bila lg nak kawen umur makin lama makin meningkat nak memilih lagi ka? bila dah kawen belum ada anak tanya plak lg dok merancang ka tak mau anak  ka? bila ada anak sorang tanya plak lagi haii tak mau tambah lagi ka cukup ka ngan anak sorang? bila dah anak ramai tanya plak lagi  tak reti nak merancang ka?  Siapa kita untuk mencipta satu nyawa? Sedar tak sedar dah buat dosa..Dosa pada yang di kata dosa jugak pada Allah Taala sebab tak dapat terima Qada dan Qadar Nya. Ingatla kita ni sama-sama manusia takdak lebihnya beranak ramai ka takdak anak. Pokok pangkalnya HATI kita. Kebahagian yang Allah Taala berikan kalau Dia nak ambil balik bila-bila masa ja boleh. Peliharalah hati agar sentiasa bersih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan