Ahad, 18 Mac 2012

Acid Folic??
Bagus acid folic ni bukan semasa hamil saja tp sebelum hamil pun boleh makan bg sapa2 yang merancang nak hamil. Disebabkan aku tak suka makan ubat selalu saja ingat tak ingat nak makan huhu..tp bila difikirkan balik elok terus makan ubat ni mana tau ada hasilnya kan? Mudah-mudahan dengan izin Allah..

Info.
Acid Folic atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai di dalam sayuran hijau, jus buahan dan bijirin. Acid Folic diperlukan terutamanya semasa merancang untuk hamil dan tiga bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD), otak (anencephly) dan saraf tunjang (spina bifida).

Pil acid folic di pasaran tersedia dalam dua dos iaitu 400 mikrogram dan 5 miligram (5000 mikrogram).
Doktor lazimnya menggalakkan pengambilan 5 miligram (5000 mikrogram). Pengambilan 400 mikrogram juga menculupi untuk keperluan seharian.
Pil acid folic mudah larut dalam air. Jila mengambil pil acid folic berlebihan, pil ini akan dibuang melalui air kencing.
Mudah didapati di farmasi dan klinik.
Pil acid folic agak meloyakan disebabkan baunya yang agak kuat. Jika mempunyai masalah ini, ambil pil ini pada waktu malam sebelum tidur. Kesan sampingan loya tidak akan dirasai kerana berada dalam fasa tidur selepas mengambil pil ini.

Iberet folic brand abbott dibeli dengan harga RM30 lebih. Mahal jugak ada skali vitamin C ngan B complex..complete semua. Biji besor sebab tu malas nak makan. Lepas ni kena kuatkan semangat makan pil ni tak bleh ngelat lagi dah...huhu



                                                                    cute kan??


Tiada ulasan:

Catat Ulasan