Isnin, 1 Oktober 2012

Buku Merah

Hari ni pukul 7.30 pagi dah menapak ke Klinik Kesihatan..antara org yg terawal sampai. Mula2 ambik nombor pastu g kaunter bgtau nurse nak buka buku merah. Perkara pertama yang disuruh buat ialah urine test. Lepas je dapat result tggu giliran plak nak ambik darah..huhu takotnye sbb nak kena ambik 2 kali. kali ke 2 kena ambik 2jam selepas minum air gula. Huh! air gula! tak suka!! tak sukaa!!! manis gila.. ;(
Lepas tu masuk bilik 1 nak buka buku..masa nak buka buku tu mcm2 la nurse tanya berkaitan dengan kesihatan diri. termasuk la tarikh last period. Nurse bagitau usia kandungan dah 6minggu 6hari dan due date 21 Mei 2012. Alhamdulillah..


Lepas buka buku kena buat pemeriksaan lagi..payudara, kaki tangan dan sbgainya..(payudara amat sesuai untuk penyusuan :) kemudian dengar penerangan mengenai khasiat dan kepentingan penyusuan kepada ibu dan anak). Lepas ni kene jumpa doktor pulak sbb nak scan..teruja btoi..


Nampak kantung je kecik sangat mcm baru 4minggu..janin tak nampak lagi.. doktor kata due date lari banyak..lagi 2 minggu datang untuk scan lagi..siap pesan kalu ada turun darah cepat2 pegi hospital..Allah 
saja yg tau perasaan aku masa tu dalam kepala ni dok pikir mcm2 mengandung ke tidak ni? Ya Allah..Kau selamatkanlah kandungan ku.. 

Rasa mcm tak puas hati je..try tanya kawan2..rupanya ada yang berpengalaman mcm ni scan 8minggu pun 
tak nampak lagi..perasaan dah lega sikit dalam hati berdoa ja semoga semuanya ok.

Selesai urusan 11.30pagi. Balik rumah makan nasi terus terlelap..huhu~letih.

Sabtu, 29 September 2012

Alhamdulillah..

Hampir 2tahun menunggu akhir aku disahkan preggy 6minggu,,syukur alhamdulliah..rasa mcm tak percaya juga sbb kitaran period yang tak menentu ni.. alkisahnya gini lew..

14/8 - Last Period

21/9 - Test pregnant (awal pagi test sbb rasa sangat xselesa pd breast 3-4 hari dah.. dok tgu cik P tak tiba2 juga..dalam kepada ada 2 benda je cik P @ preggy huhu.. bila tgok je urine test tu perasaaan dah lain mcm sbbnya line T tu dah nampak walau pun tak berapa terang. Lepas mandi cepat2 bagitau   en.Hubby huhu..dibelek2 nya stick tu nak percaya ke tak tp diakui line T tu mmg dah nampak. Sambil senyum en.Hubby pesan jgn excited sangat tak comfirm lagi takut nnti frusstttt lagi  huaaa...dipesannye lagi pegi keje drive elok2 jgn dok seronok sangat hahaha..(mcm tau jer kan)!.Tapi rasa mcm tak puas hati jer..balik keje dalam pukul 1 buat lg urine test..kali ni line T nampak terang sikit dari yang first punya. Tak sabar nak tunjuk kat en.Hubby!!

23/9     Lagi sekali buat urine test line T lagi terang..Happy!!

24/9 -  En.Hubby keje halfday harini..lepas keje terus g klinik kesihatan. Alhamdulilllah doktor sahkan 6minggu..doktor pesan buka merah cepat lepas tau je positif preggy tp tak sempat sbb dah petang. Minggu depan nak g buat buku yeeeyyyyy!! 



Khamis, 27 September 2012

YuuHoooOO

Lama sudah tak mengupdate blog ni..busy ngan tugas2 harian huhu..saje jengok2 dulu nnti la post cerita baru ek! tungguuuu...

Selasa, 1 Mei 2012

Selamat Hari Pekerja

Tanggal 1 Mei saat yang dinanti oleh semua pekerja..selamat bercuti..  walaupun 1 hari tetapi amat bermakna.

28April Hari Merentas Desa--->30April cuti peristiwa..YahoooOO!! dapat le blik kampung..dah lama sangat xbalik sebab masa xmengizinkan.. Maknanya 3hari ler bercuti sakan 29,30 dan 1Mei.

1 Mei~ on the way balik penang sempat lagi menyinggah merata.. pukul 10pg bertolak dari changlun pukul 7.30ptg sampai rumah..huhu..kononnya nak la balik awai nak menyiapkan tugasan yang xsiap2 tp lain plak jadinya..










Destinasi seterusnya




Khamis, 26 April 2012


Akhirnya..nyum..nyummm
Hari yang meletihkan. Bawa murid 61 orang ke Politeknik Seberang Perai pertandingan mewarna Karnival Ngo 1 Malaysia. Letih melayan kerenah budak yang tak mendengar kata..nakal. huhu.. mata ngantuk badan letih tapi perut lapaqqqqq..en.hubby kata nak belanja pizza so kene la tunggu dia balik keje pukul 10malam. Aduhai lama lagiiiii..piza..pizaa..pizzaaaaa..zzzzZZZ..

Sabtu, 21 April 2012

Baru balik tengok wayang..besttttt sangat.


Filem   : Battleship
Genre  : Aksi, Fiksyen Sains
Arahan : Peter Berg
Pelakon: Taylor Kitsch, Alexander Skarsgard, Brooklyn, Liam Neeson, Tadanabu Asano, Rihanna
Durasi : 2 jam